FOLIO PENGURUSAN PEMBELAJARAN KPS 3014
FOLIO
PENGURUSAN PEMBELAJARAN
KPS 3014
TUGASAN INDIVIDU
NAMA
: MOHAMAD AKMAL BIN MOHAMAD JAMIL
NO.MATRIKS
: D20172081030
KUMPULAN
: D
NAMA
PENSYARAH : EN. ABU BAKAR BIN YUSOF
FOLIO
PENGURUSAN PEMBELAJARAN KPS 3014
TOPIK
1 : MENGURUS PEMBELAJARAN
REFLEKSI MENGURUS PEMBELAJARAN
Menerusi topik ini, saya memahami bahawa pembelajaran
ini menbawa maksud proses belajar, faktor-faktor yang mempengaruhi proses
belajar dan teori-teori pembelajaran. Selain itu, pembelajaran ini juga berlaku
apabila sesuatu pengalaman secara relatifnya menghasilkan perubahan kekal dalam
pengetahuan tingkah laku. Di samping itu, saya juga dapat mengenal pasti
prinsip-prinsip pembelajaran seperti motivasi, pelaziman, minat, persepsi,
pengalaman secara langsung, kesediaan belajar dan sebagainya. Seterusnya, saya
mendapati bahawa terdapat juga kaedah-kaedah pengurusan dalam mengurus
pembelajaran ini sebagai contoh kaedah pengurusan dan juga kaedah khusus.
Antara pendekatan atau kaedah pengurusan adalah
seperti kaedah pengurusan berpusatkan pelajar, bahan dan guru serta kaedah
khusus merangkumi pengurusan bahan pembelajaran, pengurusan tempat, pengurusan
masa dan pengurusan siapa yang mengajar.
Rumusannya, saya mendapati bahawa guru-guru perlu
menggunakan kaedah atau pendekatan dalam pengurusan pembelajaran supaya
perjalanan pembelajaran itu berjalan dengan baik.
RUJUKAN
http://eprints.utm.my/id/eprint/39043/1/RaedahMdAminMFP2013.pdf
TOPIK
2 : PENGURUSAN DAN PEMBELAJARAN PELAJAR
REFLEKSI PENGURUSAN DAN PEMBELAJARAN PELAJAR
Melalui topik ini, saya dapat mengetahui bahawa
pengurusan bermaksud aktiviti yang teratur bagi mencari jawapan kepada beberapa
soalan khusus yang dikemukakan tentang sesuatu masalah yang hakikatnya sudah
dikenal pasti. Pengurusan juga merupakan proses merancang, mengelola, memimpin
dan mengawal daya usaha ahli-ahli organisasi dengan menggunakan sumber-sumber
lain untuk mencapai matlamat. Saya juga mendapati bahawa terdapat juga
konsep-konsep dalam pengurusan dan pembelajaran pelajar seperti konsep
mengawal, merancang, pengalaman dan mengarah. Di dalam konsep mengawal
merangkumi pengawalan bilik darjah, aktiviti berkumpulan, murid yang mempunyai
masalah peribadi dan mengawal suasana bilik darjah. Di dalam konsep merancang
pula, guru-guru perlu merancangkan objektif berdasarkan sukatan pembelajaran,
merancang strategi kaedah yang efektif dan merancang aktiviti penilaian.
Melalui konsep pengalaman pula, guru perlu mengaitkan konsep pengamalan sedia
ada pelajar seperti mengulang pelajaran yang lepas dan sebagainya. Menerusi
konsep mengarah pula, guru perlu mengarah murid supaya menumpukan perhatian
sepenuhnya ketika sesi pembelajaran berlangsung dan mengarah murid supaya
mematuhi peraturan disiplin yang telah ditetapkan. Selain itu, terdapat juga
kaedah-kaedah dalam pengurusan dan pembelajaran pelajar supaya berjalan dengan
berkesan dan baik seperti keperluan fisiologi, pengurusan masa dan iklim bilik
darjah.
Seterusnya, saya juga mengenal pasti bahawa guru juga
bertindak sebagai ibu bapa di sekolah di mana guru merupakan aset utama bagi
pelajar. Namun demikian, ibu bapa dan masyarakat serta keluarga turut perlu
memainkan peranan masing-masing dengan sebaiknya bagi mendidik pelajar supaya
menjadi pelajar yang bertanggungjawab dan menyumbang kepada masyarakat di luar
sana. Di samping itu, saya juga mendapati bahawa terdapat juga masalah-masalah
yang dihadapi oleh murid di dalam pengurusan dan pembelajaran pelajar seperti
masalah rangsangan, tumpuan perhatian, rangsangan pengetahuan dan penyimpan
ingatan kembali. Oleh itu, guru-guru perlu menggunakan kaedah mendengar dengan
sebaiknya supaya dapat mendengar masalah pelajar dengan baik, menyuruh pelajar
supaya menyiapkan tugasan individu dengan memberikan tunjuk ajar yang baik
supaya para pelajar memahaminya, guru-guru juga perlu memantau tugasan-tugasan
yang diberikan supaya memastikan tugasan itu dapat disiapkan dan menjalankan
kaedah pembelajaran yang koperatif berdasarkan kumpulan kecil.
Rumusannya, saya mendapati bahawa skop tugasan guru
bukanlah sekadar mengajar dan mendidik tetapi juga bertindak sebagai pendengar
yang baik kepada masalah-masalah yang dihadapi oleh murid supaya guru menjadi
“role model” kepada para pelajar serta peranan masyarakat seperti ibu bapa dan
keluarga perlu dimainkan sebaiknya supaya dapat melahirkan pelajar yang
bertanggungjawab dan menyumbang kepada masyarakat yang lain.
RUJUKAN
http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfwp2/p
2006 6821 c4fb542e888464b9fb0563ede517a9d34.pdf
TOPIK
3 : ORGANISASI DAN KEPIMPINAN
REFLEKSI ORGANISASI DAN KEPIMPINAN
Melalui pembacaan saya, organisasi yang baik mempunyai
orientasi visi dan misi yang jelas dan ke hadapan manakala kepimpinan merupakan
kemampuan dan keterampilan seseorang yang menduduki jawatan sebagai pemimpin.
Saya mendapati bahawa terdapat empat gaya kepimpinan di sekolah iaitu
autokratik, demokratik, laissez-faire dan kontigensi. Autokratik membawa maksud
komunikasi atau interaksi sehala contohnya pengetua memberikan arahan kepada
guru dan guru hanya mengikut arahan sahaja, manakala demokratik bermaksud
sesuatu keputusan itu perlulah atas keputusan bersama mengikut majoriti
contohnya pengetua menerima pandangan daripada guru-guru lain sehingga sesuatu
keputusan bersama dicapai. Laissez-faire pula bertentangan dengan konsep
autokratik di mana pengetua tidak menetapkan apa-apa matlamat kepada guru dan
guru bebas untuk membuat sesuatu keputusan dan kontingensi bermaksud sumbangan
pemimpin terhadap keberkesanan prestasi kumpulan yang bergantung kepada gaya
kepimpinan dan kesesuaian situasi yang dihadapinya. Mengikut pemahaman saya,
pengetua mempunyai beberapa skop tugasannya seperti terlibat dalam pembangunan
diri pelajar, pembangunan kendiri, pembangunan organisasi dan diri, pengurusan
personal, kewangan dan pengurus kurikulum serta ikhtisas. Manakala, tugas
penolong kanan pentadbiran pula menjalankan tugas pengetua ketika ketiadaannya,
mengajar sebilangan waktu mengikut arahan pengetua, membantu pengetua dalam
aspek pengurusan sekolah dan sebagainya. Bagi penolong kanan hal ehwal murid
(HEM) pula menjalankan tugas pengetua dan penolong kanan satu ketika
ketiadaannya, bertanggunjawab kepada pengetua berkaitan pengurusan sekolah,
kurikulum, kaunseling, kebajikan pelajar dan sebagainya. Seterusnya, tugas
penolong kanan kokurikulum pula menjalaskan tugas pengetua dan penolong kanan
dua ketika ketiadaanya, membantu pengetua dalam aspek pengurusan sekolah,
menyelia dan menilai aktiviti kokurikulum seperti kelab dan persatuan, sukan,
unit beruniform dan sebagainya.
Di sekolah juga, saya mendapati bahawa terdapat juga
kaunselor yang bertindak sebagai perancang dan penyelia dalam unit bimbingan
dan kaunseling murid sekaligus merangkumi segala tugasan sebagai penasihat
kepada murid-murid dalam segala aspek termasuk perihal peribadi, belajar dan
memberi motivasi. Guru kanan pelajaran pula bertanggungjawab dalam hal
kurikulum dan pentadbiran dengan bidangnya berbeza pula dengan guru
matapelajaran di mana guru matapelajaran perlu mempunyai sebuah buku rekod
mengajar dan perlu menyerahkan kepada pengetua pada setiap minggu serta
menyediakan rancangan pelajaran dan sebagainya. Di samping, kewujudan panitia
turut menyumbang kepada pengurusan pentadbiran sekolah di mana fungsinya
diketuai oleh ketua panitia di dalam setiap bidang contohnya bidang bahasa,
sains dan matematik, teknik dan vokasional dan kemanusiaan. Peranan ketua
panitia ini pula amat berbeza seperti menyediakan rancangan mengajar untuk
ketiga-tiga penggal dalam tahun persekolahan, memilih buku-buku teks mengikut
kesesuaian, menyelaras soalan-soalan peperiksaan berasaskan tingkatan atau
darjah serta mengadakan mesyuarat panitia secara berkala.
Tambahan pula, saya mendapati bahawa terdapat juga
kepimpinan di dalam bilik darjah di mana guru subjek atau guru kelas menjadi
pemimpin kepada murid-murid dan kewujudan kepimpinan di dalam bilik darjah yang
berkesan dapat dilihat apabila wujudnya interaksi antara guru dan pelajar di
mana pelajar menanyakan soalan kepada guru, berlaku sesi soal jawab antara guru
dan pelajar mengenai tugasan dan sebagainya. Terdapat juga ciri-ciri guru yang
berkepimpinan sebagai contoh guru yang bijak membuat keputusan, sentiasa ingin
menambah ilmu pengetahuan, mempunyai kebolehan memimpin yang fleksibel, mampu
menjadi teladan kepada murid-murid dan sebagainya. Gaya pengajaran juga penting
supaya guru mampu menjadi teladan yang baik kepada pelajar sekaligus mampu
untuk membimbing para pelajar ke arah yang lebih baik sebagai contoh pengajaran
secara langsung, tidak langsung dan berpusatkan bahan bantu mengajar.
Pengajaran secara langsung seperti guru memberi penerangan, latihan, tunjuk
ajar, demonstrasi dan maklum balas kepada pelajar. Manakala pengajaran secara
tidak langsung seperti guru beralih dariapda menjadi pengajar kepada
fasilitator, pemberi sokongan dan menjadi sumber rujukan. Pengajaran
berpusatkan bahan bantu mengajar pula di mana guru menggunakan bahan bantu
mengajar seperti majalah, akhabar, risalah dan sebagainya untuk memberikan
penerangan kepada murid supaya ianya lebih berkesan dan difahami oleh pelajar.
Rumusannya,
saya mengetahui apakah yang dimaksudkan oleh kepimpinan dan organisasi di mana
ianya amat penting bagi membangunan sesbuah organisasi sebagai contoh
organisasi sekolah di mana pengetua dan guru mempunyai peranan masing-masing
dan di sekolah perlunya carta organisasi supaya dapat difahami dan memastikan
pentadbiran di sekolah berjalan dengan baik.
TOPIK
4 : PENGURUSAN MURID
REFLEKSI PENGURUSAN MURID
Berdasarkan pembacaan dan pemahaman saya, konsep
pengurusan murid terbahagi kepada tiga aspek iaitu perancangan, pentadbiran dan
pengawalan atau pemulihan. Dalam zaman serba moden ini, bagi memudahkan
pengurusan murid ini sistem maklumat murid berkomputer telah diwujudkan pada
tahun 2000 di mana dalam sistem ini mengandungi maklumat rekod senarai
kesihatan murid, rekod rancangan makanan tambahan (RMT), rekod skim pinjaman
buku teks, rekod kedatangan harian dan kemudahan mendaftar untuk murid yang
juga dikenali sebagai Sistem Maklumat Murid (SMM). Antara kaedah atau teknik
terkini dalam pengurusan murid ialah pentaksiran berasaskan sekolah, e-pantau,
sistem laporan adab pelajar.
Selain itu, antara kepentingan mengurus rekod murid di
sekolah ialah dapat membantu guru-guru dalam membuat keputusan tentang
pengurusan bilik darjah, menggunakan kelemahan dan kekuatan yang dimiliki oleh
anak didiknya untuk memperkasakan kaedah pengajaran dan membantu guru
menentukan aktiviti yang bersesuaian dengan minat murid. Seterusnya, terdapat
juga cara-cara mengurus rekod murid dengan baik iaitu dengan memantapkan sistem
pengurusan profil murid dengan teratur dan kemas, memperkembangkan akademik,
emosi, sahsiah dan tingkah laku murid serta mampu menyelesaikan masalah murid
dengan baik dan teratur. Di samping, saya mengenalpasti bahawa terdapat juga
cara-cara bagaimana untuk berhadapan dengan murid yang bermasalah seperti guru
memberi amaran konstruktif iaitu dengan memberi pujian kepada pelajar bermasalah
apabila menunjukkan perubahan tingkah laku, guru menjatuhkan hukuman sesuai
dengan kesalahannya dan guru perlu mencegah murid dari awal lagi terutamanya
dari aspek tingkah laku. Kesediaan belajar juga merupakan elemen di dalam
pengurusan murid. Kesediaan belajar ini terbahagi kepada tiga iaitu kesediaan
kognitif, kesediaan afektif dan kesediaan psikomotor. Kesediaan kognitif
bermaksud peringkat perkembangan mental untuk menerima rangsangan dan
memahaminya serta berfikir, manakala kesediaan afektif merupakan sikap pelajar
itu yang akan mempengaruhi pembelajarannya dan kesediaan psikomotor merupakan
kesediaan dari segi fizikal atau tubuh badan sebagai contoh sikap ingin menang
perlu ada untuk menentukan kemenangan dalam sesebuah permainan Rumusannya, rekod-rekod
murid amat penting dalam pengurusan murid hal ini kerana ianya akan memudahkan
para guru untuk mengesan setiap murid berdasarkan latar belakang, senarai
kesihatan dan juga prestasi akademik. Oleh hal yang demikian, para guru perlu
cekap dan mahir bagi memastikan sistem pengurusan murid ini berjalan dengan
baik sekaligus dapat memberi nasihat serta memotivasikan mereka terutama dalam
bidang akademik dan kokurikulum.
RUJUKAN
https://www.slideshare.net/MuhammadIzhar/pengurusan-murid-54694100
http://semekanet99.tripod.com/pengurusanhem1.html
http://dokumen.tips/documents/05-k5-kps-3014-pengurusan-murid.html
https://www.slideshare.net/MuhammadIzhar/pengurusan-murid-54694100
http://semekanet99.tripod.com/pengurusanhem1.html
http://dokumen.tips/documents/05-k5-kps-3014-pengurusan-murid.html
TOPIK
5 : PENGURUSAN BILIK DARJAH
REFLEKSI
PENGURUSAN BILIK DARJAH
Topik
ini menerangkan mengenai pengurusan bilik darjah. Dua pengurusan sumber yang
perlu dikuasai oleh guru adalah pengurusan sumber manusia dan sumber fizikal.
Sumber manusia merupakan satu faktor yang perlu diberikan perhatian bagi
memastikan visi dan misi untuk kepentingan manusia itu sendiri dalam sesebuah
organisasi dapat dilestarikan secara optimum. Manakala, sumber fizikal adalah
sumber yang berkaitan dengan kebendaan atau alam semula jadi. Manakala sumber
fizikal di dalam bilik darjah pula seperti kita tahu merangkumi segala
kemudahan dan peralatan yang terdapat di dalamnya seperti kerusi meja untuk
pelajar dan guru, papan hitam, papan kenyataan, ruang bacaan, almari buku, alat
bantu mengajar (ABM) dan sebagainya.
Selain
itu, ilmu yang perlu diterapkan dalam diri seseorang guru itu adalah ilmu
pengurusan bilik darjah, ilmu interaksi yang berkesan, ilmu pengurusan iklim
bilik darjah, dan ilmu pengajaran dan pembelajaran. Kesemua aspek ini perlu
dikuasai oleh seseorang guru sewaktu mengajar di dalam bilik darjah. Kemahiran
juga diperlukan untuk mengurus bilik darjah. Kemahiran pengurusan sumber
fizikal, bahan mengajar, pengurusan
kaunseling, kemahiran pengajaran dan pembelajaran serta kemahiran pengurusan
sumber manusia. Strategi yang berkesan juga diperlukan sewaktu pengurusan bilik
darjah.
Antara
strateginya adalah perancangan murid, perancangan bilik darjah, wujudkan
suasana kondusif, dan menyampaikan pengajaran dengan menggunakan teknologi
terkini. Antara aktiviti adalah senaman untuk kami hilangkan mengantuk, susunan
kotak mancis untuk melihat kumpulan mana boleh membuat satu menara yang paling
tinggi dan kukuh. Selain itu, aktiviti susunan puzzle di mana diberi satu
puzzle untuk disusun dan bagaimana untuk interaksi dengan ahli kumpulan yang
lain menyiapkan tugasan dan aktiviti-aktiviti lain juga. Rumusannya, pengurusan bilik darjah yang baik tidak berlaku tanpa
perancangan sekaligus mendorong pengajaran yang lancar sekiranya bilik darjah
mempunyai aktiviti pembelajaran yang tidak ada gangguan dan tingkah laku yang
tidak menyenangkan
RUJUKAN
eprints.utm.my/id/eprint/31564/5/HasfarinaAbasMFP2012.pdf
TOPIK
6 : PENGURUSAN SUMBER
REFLEKSI
PENGURUSAN SUMBER
Menerusi topik ini, pengajaran dan
pembejalaran berasaskan sumber ialah segala usaha guru bagi melengkapkan
pendekatan dan strategi pengajaran dengan melibatkan pelajar supaya belajar
melalui penggunaan sumber-sumber pembelajaran. Antara sumber yang sering
digunakan oleh pelajar dan guru di sekolah ialah pusat sumber. Pusat Sumber
Sekolah (PSS) adalah sebuah tempat yang menyediakan kemudahan serta koleksi
bahan pengajaran dan pembelajaran yang diurus secara sistematik.
Pusat sumber menyediakan maklumat,
perkhidmatan dan keperluan bagi memperkukuhkan pengajaran-pengajaran untuk
penguasaan kemahiran asas serta kemahiran maklumat pendidikan ke arah
pembentukan masyarakat berbudaya ilmu, gemar membaca dan berkemahiran belajar
sepanjang hayat. Pusat sumber sekolah merupakan institusi yang paling utama di
dalam sistem pendidikan negara kerana peranan yang dimainkannya sebagai tempat
menyediakan bahan, khidmat, kemudahan pengajaran dan pembelajaran.
Seterusnya, interaksi yang berlaku di
dalam bilik darjah banyak hala iaitu di antara guru dengan bahan, bahan dengan
murid dan guru dengan murid dan bahan. Strategi ini mengutamakan kecekapan dan
kemahiran murid dalam memanipulasikan pelbagai jenis bahan. Strategi ini lebih
sesuai digunakan oleh guru untuk menghadapi murid pelbagai keperluan. Strategi
ini menyediakan pelbagai wahana untuk murid belajar untuk kadar masing-masing
pada setiap masa dan di tempat pilihan mereka.
Secara umum, bahan bermakna apa
sahaja yang digunakan dalam pengajaran termasuklah pengetahuan dan nilai-nilai.
Dari segi teknologi pendidikan, apa yang diguna untuk menyampaikan pengajaran
dan menjadi rangsangan pelajaran digolongkan sebagai media pendidikan. Koleksi
bahan buku dan bukan buku yang boleh membantu dalam proses pengajaran dan
pembelajaran sama ada bagi keperluan guru atau murid. Antara komponen
pembelajaran berasaskan sumber ialah penggunaaan buku teks, aktiviti
penelitian, pencarian bahan daripada pelbagai sumber, latihan penyelesaian
masalah dan penggunaan alat pandang dengar.
Strategi pemusatan bahan terbahagi
kepada dua kategori iaitu bahan pengajaran dan bahan pembelajaran. Bahan-bahan
yang digunakan ialah seperti carta, graf, peta specimen, model gambar, slaid
video, perakam pita dan projektor. Bahan yang lebih canggih adalah pakej
pembelajaran berasaskan komputer, CD-ROM, komputer multimedia, cakera padat
interaktif, bahan daripada internet, persidangan tele dan persidangan video.
Strategi ini memupuk sifat-sifat sosial yang positif khasnya apabila murid dan
guru berkongsi bahan dan sumber.
Di samping itu, guru telah memainkan
peranan yang penting bagi menanam minat membaca dalam kalangan murid. Dengan
membaca pelbagai jenis buku, murid akan mendapat pelbagai ilmu pengetahuan
secara tidak langsung. Koleksi bahan buku dan bukan buku yang juga boleh
membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran sama ada bagi keperluan guru
dan murid. Seterusnya, dengan adanya pusat sumber ini hasrat kerajaan akan
tercapai iaitu bagi melahirkan murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi,
rohani dan intelek serta menjadi warganegara yang bertanggungjawab. Oleh itu,
pihak guru perlu menjalankan pelbagai aktiviti supaya hasrat kerajaan tercapai
seperti mengadakan Program Galakan Membaca di sekolah. Justeru itu, Pusat
Sumber Sekolah perlu koleksi bahan bacaan tambahan (BBT) yang berkualiti dan
pelbagai bagi menarik minat membaca dan seterusnya amalan pembelajaran
sepanjang hayat.
Rumusannya, pengurusan sumber
merupakan aspek terpenting dalam pengurusan pembelajaran dan ianya amat penting
kerana merupakan salah satu sistem bantuan dalam sistem pembelajaran.
RUJUKAN
journalarticle.ukm.my/7968/
www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/.../Raja%20Rozita%20Binti%..
TOPIK 7 : STRATEGI
MENGURUS BILIK PEMBELAJARAN (BILIK DARJAH/MAKMAL/STUDIO/DLL)
REFLEKSI
STRATEGI MENGURUS BILIK PEMBELAJARAN (BILIK DARJAH/MAKMAL/STUDIO/DLL)
Topik
ini menerangkan mengenai pengurusan bilik darjah. Dua pengurusan sumber yang
perlu dikuasai oleh guru adalah pengurusan sumber manusia dan sumber fizikal.
Sumber manusia merupakan satu faktor yang perlu diberi perhatian bagi
memastikan visi dan misi untuk kepentingan manusia itu sendiri dalam sesebuah
organisasi dapat dilestarikan secara optimum. Manakala, sumber fizikal adalah
sumber yang berkaitan kebendaan atau alam semula jadi. Manakala, sumber fizikal
di dalam bilik darjah pula seperti yang kita tahu merangkumi segala kemudahan
dan peralatan yang terdapat di dalamnya seperti kerusi meja untuk pelajar dan
guru, papan hitam, papan kenyataan, ruang bacaan, almari buku, alat bantu
mengajar (ABM) dan sebagainya.
Selain
itu, ilmu yang perlu diterapkan dalam diri seseorang guru itu adalah ilmu
pengurusan bilik darjah, ilmu interaksi yang berkesan, ilmu pengurusan bilik
darjah, ilmu pengurusan iklim bilik darjah, dan ilmu pengajaran dan
pembelajaran. Kesemua aspek ini perlu dikuasai oleh seseorang guru sewaktu
mengajar di dalam bilik darjah. Kemahiran juga diperlukan untuk mengurus bilik
darjah. Kemahiran pengurusan sumber fizikal, bahan mengajar, pengurusan
kaunseling, kemahiran pengajaran dan pembelajaran serta kemahiran pengurusan
sumber manusia. Strategi yang berkesan juga diperlukan sewaktu mengurus bilik
darjah. Antaranya strategi perancangan murid,
perancangan bilik darjah, mewujudkan suasana kondusif dan menyampaikan
pengajaran dengan menggunakan teknologi terkini dan canggih bagi memudahkan
serta menjamin kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran.
Rumusannya,
pengurusan bilik pembelajaran yang baik tidak akan berlaku tanpa perancangan.
Jelaslah bahawa pengurusan bilik darjah merupakan tugas penting yang memerlukan
pengetahuan, kemahiran, kesabaran dan komitmen yang optimum bagi memperoleh
kesan yang maksimum. Di samping itu, harus diingat bahawa guru perlu mendapat
maklumat secukupnya tentang bilik darjah dan pelajar-pelajarnya terlebih dahulu
sebelum menjejakkan buat pertama kali ke dalam bilik darjah berkenaan. Persediaan
pendekatan JERISAH (Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek, Sosialiasi, Alam, Hamba
Allah) guru yang lengkap akan membolehkan pengajaran dan pembelajaran
dijalankan dengan jaya dan cemerlang.
RUJUKAN
TOPIK
8 : PENGURUSAN TINGKAH LAKU DAN DISIPLIN
REFLEKSI
PENGURUSAN TINGKAH LAKU DAN DISIPLIN
Menerusi topik ini, pelajar bersetuju bahawa disiplin
ialah latihan supaya boleh mengawal diri sendiri mengikut peraturan yang
ditetapkan. Majoriti pelajar mengatakan bahawa kepatuhan kepada peraturan
sekolah boleh membentuk pelajar menjadi individu yang bertanggungjawab dan
berdisiplin sekaligus mampu untuk mewujudkan suasana yang harmoni di sekolah. Sebahagian
besar pelajar berpendapat disiplin sekolah amat penting untuk menjamin
kesejahteraan pelajar, guru dan sekolah bahkan mereka bersetuju bahawa penerangan
mengenai peraturan sekolah telah disebarkan secara terperinci kepada pelajar.
Majoriti pelajar juga berpendapat peraturan sekolah yang sedia ada perlu diubah
suai mengikut peredaran semasa tetapi ada juga pelajar yang berpendapat
peraturan yang ditetapkan di sekolah adalah sesuai dan tidak mengongkong.
Kebanyakan pelajar tidak bersetuju bahawa membentuuk disiplin secara paksaan
adalah lebih berkesan kepada pelajar sekolah kerana pelajar akan memberontak
jika mereka dwipaksa melakukan perkara yang mereka tidak suka.
Selain itu, ramai pelajar bersetuju bahawa hanya orang
yang berdisiplin sahaja boleh berjaya dan sebab itulah pelajar sentiasa
berusaha mematuhi peraturan sekolah walaupun peraturan itu tidak rasional.
Majoriti pelajar bersetuju bahawa kesedaran diri pelajar itu sendiri lebih baik
dalam membentuk disiplin yang berkesan. Oleh kerana itu, ramai pelajar tidak
bersetuju memakai pakaian menutup aurat kerana terpaksa mematuhi peraturan
sekolah. Dengan wujudnya kesedaran diri sendiri berbantukan keimanan yang jitu
dalam diri pelajar dapat mendorong mereka mematuhi disiplin yang ditetapkan
dengan kerelaan diri sendiri.
Di samping itu, guru juga memainkan peranan yang
penting dalam mendidik pelajar selain ibu dan bapa. Hal yang demikian, hubungan
antara guru dan pelajar dapat menjadi lebih erat dan baik. Guru-guru juga perlu
menerapkan nilai-nilai murni dalam diri pelajar terutama selepas sesi
pembelajaran dan di mana sahaja. Ramai pelajar tidak bersetuju bahawa kurangnya
minat dalam belajar menyebabkan mereka melakukan kesalahan disiplin di sekolah.
Sebahagian besar pelajar bersetuju bahawa kegiatan kokurikulum mempunyai banyak
faedah dan manfaat kepada pelajar sekaligus dapat meningkatkan mutu dan
disiplin pelajar. Oleh itu, pelajar bersedia untuk memikul tanggungjawab yang
diberi sebagai contoh apabila dilantik menjadi pengerusi persatuan atau kelab.
Guru-guru juga akan mengambil tindakan apabila pelajat tidak menghadiri
aktiviti kokurikul untuk memastikan pelajar tidak terjebak dengan perkara yang
tidak berfaedah. Ada di antara mereka juga berpendapat bahawa perhimpunan
mingguan sekolah adalah salah satu cara bagi membentuk disiplin pelajar. Selain
itu, pengawas juga akan mengambil tindakan ke atas pelajar-pelajar yang
bermasalah dan melanggar peraturan sekolah. Seterusnya, guru disiplin akan
mengambil tindakan kepada pelajar yang melanggar peraturan sekolah dengan cara
merotan dan melakukan hukuman yang setimpal dengan perbuatannya. Rumusannya,
pengurusan tingkah laku dan disiplin merupakan salah satu aspek penting dalam
pengurusan pembelajaran kerana melalui pengurusan tingkah laku dan disiplin ini
akan mendorong pelajar supaya membentuk sahsiah yang mulia dan baik seperti
lebih bertanggungjawab dan berdisiplin pada masa akan datang.
RUJUKAN
TOPIK
9 : PENGURUSAN PENASINATAN MURID
REFLEKSI
PENGURUSAN PENASIHATAN MURID
Menurut
Zuraidah (1994), konsep penasihatan adalah dengan memberi nasihat yang
merupakan strategi bagi menyelesaikan masalah tanpa memikirkan perasaan
individu yang terlibat. Menurut Kamus Dewan, nasihat ialah ajaran dan petunjuk
yang baik, peringatan, mengusulkan, mengesyorkan ataupun menganjurkan kepada
seseorang tentang pelbagai hal. Menurut Gibson dan Mitchell (1999) , nasihat
pula digunakan bagi menyediakan klien dengan maklumat baru dan berguna.
Antara
ciri penasihatan ialah memfokuskan kepada permasalahan yang dihadapi daripada
menumupukan kepada diri individu yang bermasalah, berbentuk arahan atau suruhan
daripada seseorang yang dianggap lebih berautoriti kepada orang lain. Orang
yang berautoriti ini adalah lebih berpengalaman, banyak pengetahuan dan
pengiktirafan. Oleh itu, memberi nasihat adalah strategi yang paling cepat
untuk mengatasi permasalahan jika nasihat itu meninggalkan kesan.
Seterusnya,
terdapat tiga cara bagi menghadiri sesi kaunseling dan bimbingan iaitu secara
sukarela, rujukan dan dijemput melalui penghantaran surat untuk menghadiri sesi
tersebut. Kemudian, ciri-ciri pelajar yang perlu diberi kaunseling dan
bimbingan ialah murid yang mempunyai masalah dari segi sahsiah, peribadi dan
disiplin. Pengurusan di sekolah ini amat mustahak bagi menyelesaikan masalah
pelajar iaitu melalui tiga tahap seperti nasihat, teguran dan amaran.
Rumusannya, melalui kaedah bimbingan, kaunseling dan mentoring ini boleh
digunakan untuk membantu murid-murid yang menghadapi masalah. Langkah yang
berbeza ini bertepatan kerana setiap murid mempunyai masalah dan konflik dan
matlamat yang tersendiri.
RUJUKAN
TOPIK
10 : PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA
REFLEKSI PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA
Topik ini pula menyentuh
kepelbagaian budaya dalam kalangan murid. Murid yang mempunyai perbezaan budaya
ini memerlukan pengurusan yang baik dan pelbagai aspek perlu dilihat terlebih
dahulu seperti kelas kehidupan, agama, jantina, orientasi seksual, bahasa,
umur, kenegerian, kenegaraan dan juga kaum atau etnik sebelum pengurusan
pelbagai budaya itu dijalankan. Pengurusan merentasi budaya ini juga merangkumi
pembinaan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya iaitu yang melibatkan
aspek fizikal bilik darjah, dan sudut-sudut pembelajaran dan bacaan.
Selain itu, peranan guru juga
diperlukan yang bertindak sebagai “Physical Environment Designer”. Tambahan
pula kurikulum mata pelajaran yang diajar, penerapan nilai murni dan program
Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan turut terlibat. Isu kepelbagaian
budaya murid seperti Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar, masyarakat majmuk,
penyatuan jati diri Malaysia, belia generasi negara, dan sekolah wawasan
menjadi isu dalam pengurusan pelbagai budaya ini yang perlu diambil kira oleh
semua bakal guru.
Rumusannya, pengurusan
pelbagai budaya ini amat penting bagi guru supaya dapat mengenalpasti dan
menganalisa terlebih dahulu supaya tidak menyentuh sensitiviti sesuatu kaum
sekaligus memastikan proses pengajaran dan pembejalaran berjalan dengan baik.
RUJUKAN
TOPIK
11 : PENGURUSAN MURID PELBAGAI UPAYA
REFLEKSI
PENGURUSAN MURID PELBAGAI UPAYA
Di dalam
topik ini, pengurusan muri merupakan satu agenda penting dalam sebuah institusi pendidikan.
Pengurusan murid yang efektif dan berkesan adalah ianya mampu memberikan impak yang mendalam terhadap personality murid
seperti tingkah laku, kemahiran berfikir,
kecerdasan kognitif, intrapersonal dan interpersonal. Lantaran ini kerana ianya selaras dengan perkara
yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan
(FPK) yang mahukan sistem pendidikan di Malaysia dapat melahirkan murid yang seimbang intelek, rohani,
emosi dan jasmani (JERI). Kaedah pemulihan dan
pengayaan diguna pakai bergantung kepada masalah seseorang murid itu.
Seterusnya,
pemulihan merupakan tindakan yang dijalankan untuk membantu murid-murid yang mengalami kesukaran
dalam mengalami kemahiran asas membaca, menulis,
dan mengira (3M). Manakala, pengayaan merupakan aktiviti tambahan kepada aktiviti asas pembelajaran yang
dilakukan sama ada semasa sesi
persekolahan atau di luar waktu
persekolahan. Tujuan program pengayaan ialah untuk meluaskan pengetahuan dan pengalaman
disamping mengukuhkan kemahiran yang sedang dipelajari. Terdapat juga pelbagai
kecerdasan yang berbeza-beza. Setiap kecerdasan perlu dinilai sama rata dan sama berat.
Selain itu, kecerdasan murid dapat dipertingkatkan melalui peluang pendidikan seperti menyediakan persekitaran yang kaya dengan bahan dan aktiviti yangmenyeronokkan. Manakala, murid berkeperluan khas boleh ditakrifkan sebagai golongan murid istimewa yang kurang berupaya, murid pintar cerdas, murid berisiko dan murid bermasalah dari segi pembelajaran dan tingkah laku. Pengurusan murid yang dikendalikan oleh guru di sekolah dapat membantu menarik minat murid untuk belajar dan memperkembangan kebolehan mereka dari segi kognitif, afektif dan psikomotor. Dalam tajuk ini, apa yang dapat dilihat adalah pemulihan, pengayaan, pelbagai kecerdasan dan berkeperluan khas mempunyai hubungkait di antara satu sama lain dan guru di sekolah haruslah kreatif dalam menjalankan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas serta bijak dalam memberikan pendidikan kepada murid mengikut tahap mereka.
RUJUKAN
https:www.tes.com/…/pengurusan-murid-pelbagai-upaya-kumpula…
https:www.unisza.edu.my/…/032-040-Ab-Aziz-Sulaiman.pdf
https://ejournal.upsi.edu.my/article/2016AR000561
TOPIK
12 : SEKOLAH DAN PERSEKITARAN
REFLEKSI SEKOLAH DAN PERSEKITARAN
Menerusi topik ini, pihak pengurusan sekolah memainkan peranan bagi memastikan persekitaran sekolah yang cantik, bersih dan selesa bagi semua pelajar. Hal ini kerana bagi memastikan suasana belajar yang kondusif supaya pelajar dapat belajar dengan aman dan tenteram.
Pada
kebiasaannya, sebuah sekolah yang iklimnya dianggap positif mempunyai ciri-ciri fizikal sekolah yang bersih dan
menarik, hubungan sosial yang baik antara semua
warga sekolah serta suasana kerja yang produktif. Manakala, iklim negative atau
tertutup lazimnya mempunyai
keadaan sekolah yang kucar-kacir, kurang selamat, tidak tenteram dan teratur, malah sering menghadapi konflik dan
masalah disiplin.
Pada amnya, iklim dan persekitaran sekolah akan membawa pengaruh yang penting terhadap pembentukan tingkah laku, imej mental, aspirasi dan interaksi sosial bagi anggota-anggota di dalamnya (Abdullah Sani bin Yahya, 2007). Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa sekolah yang berpencapaian tinggi mempunyai tahap keceriaan yang lebih baik berbanding sekolah yang persekitarannya kurang ceria (Mohd Redzauddin bin Ismail, 2008). Oleh hal yang demikian, suasana dan iklim sekolah adalah amat penting dalam membantu pelajar untuk belajar dengan tenteram dan selesa.
Selain itu, apabila kawasan persekitaran sekolah yang cantic dan ceria, maka pelajar tidak akan jemu untuk hadir ke sekolah kerana berasa selesa dan bahagia. Jelaslah hal ini bukan sahaja dapat mengelakkan masalah ponteng sekolah dalam kalangan pelajar malah masalah disiplin pelajar dapat dikurangkan kerana emosi pelajar tidak terganggu. Dalam masa yang sama, sesebuah sekolah yang cantic, ceria dan bersih pasti akan dapat pujian daripada pelbagai pihak terutama ibu bapa pelajar yang menghantar anak-anak mereka ke sekolah. Maka, ianya akan menambahkan keyakinan ibu bapa terhadap pihak pentadbiran sekolah kerana mempunyai suasana yang kondusif untuk anak-anak mereka belajar.
Tetapi tidak dinfafikan bahawa terdapat beberapa halangan dalam merealisasikan hasrat tersebut. Salah satu halangannya ialah dari segi kewangan. Dalam hal ini, semua pihak patut bekerjasama termasuklah pengetua, guru-guru, staf-staf sekolah, para pelajar dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Maka, pihak sekolah perlu berusaha untuk mencari penaja, dalam masa yang sama pelajar menjalankan kutipan derma melalui program-program tertentu dan guru-guru pula membantu pelajar menjalankan program-program amal. Sekiranya iklim dan persekitaran sekolah dalam keadaan yang terkawal dan bersih, sudah pasti motivasi dan prestasi pelajar akan meningkat secara tidak langsung.
Rumusannya, persekitaran sekolah yang bersih, ceria dan selamat akan memotivasikan pelajar untuk terus datang ke sekolah sekaligus mewujudkan budaya yang positif.
Pada amnya, iklim dan persekitaran sekolah akan membawa pengaruh yang penting terhadap pembentukan tingkah laku, imej mental, aspirasi dan interaksi sosial bagi anggota-anggota di dalamnya (Abdullah Sani bin Yahya, 2007). Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa sekolah yang berpencapaian tinggi mempunyai tahap keceriaan yang lebih baik berbanding sekolah yang persekitarannya kurang ceria (Mohd Redzauddin bin Ismail, 2008). Oleh hal yang demikian, suasana dan iklim sekolah adalah amat penting dalam membantu pelajar untuk belajar dengan tenteram dan selesa.
Selain itu, apabila kawasan persekitaran sekolah yang cantic dan ceria, maka pelajar tidak akan jemu untuk hadir ke sekolah kerana berasa selesa dan bahagia. Jelaslah hal ini bukan sahaja dapat mengelakkan masalah ponteng sekolah dalam kalangan pelajar malah masalah disiplin pelajar dapat dikurangkan kerana emosi pelajar tidak terganggu. Dalam masa yang sama, sesebuah sekolah yang cantic, ceria dan bersih pasti akan dapat pujian daripada pelbagai pihak terutama ibu bapa pelajar yang menghantar anak-anak mereka ke sekolah. Maka, ianya akan menambahkan keyakinan ibu bapa terhadap pihak pentadbiran sekolah kerana mempunyai suasana yang kondusif untuk anak-anak mereka belajar.
Tetapi tidak dinfafikan bahawa terdapat beberapa halangan dalam merealisasikan hasrat tersebut. Salah satu halangannya ialah dari segi kewangan. Dalam hal ini, semua pihak patut bekerjasama termasuklah pengetua, guru-guru, staf-staf sekolah, para pelajar dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Maka, pihak sekolah perlu berusaha untuk mencari penaja, dalam masa yang sama pelajar menjalankan kutipan derma melalui program-program tertentu dan guru-guru pula membantu pelajar menjalankan program-program amal. Sekiranya iklim dan persekitaran sekolah dalam keadaan yang terkawal dan bersih, sudah pasti motivasi dan prestasi pelajar akan meningkat secara tidak langsung.
Rumusannya, persekitaran sekolah yang bersih, ceria dan selamat akan memotivasikan pelajar untuk terus datang ke sekolah sekaligus mewujudkan budaya yang positif.
RUJUKAN
TOPIK
13 : PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN
REFLEKSI PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN
Dalam topik ini, setiap bakal guru perlu
membuat persediaan yang rapi dari segala sudut sebelum melangkah kea lam
persekolahan. Persediaan yang rapi membolehkan guru menghadapi segala
kemungkinan yang akan berlaku ketika proses pembelajaraan dijalankan. Pembelajaran
yang berjalan dengan lancer, menarik dan berkesan sekiranya guru menggunakan
pelbagai kaedah yang bersesuaian dengan isi pelajaran dan kemahiran yang akan
dicapai oleh murid. Selain itu, guru juga perlu tahu untuk menyampaikan
kandungan pelajaran berbentuk teori dan amali. Guru perlu sentiasa mengubahsuai
strategi mengikut jangkaan keberkesanan penggunaan sesuatu kaedah. Guru yang
berhasrat untuk menjadikan pengajarannya efektif, seharusnya membuat kajian
atau penyelidikan mengenai kaedah yang paling sesuai untuk isi pelajaran, topik
atau kemahiran. Hal ini kerana murid lebih tertarik kepada kaedah yang
kemaskini dan menggunakan peralatan elektronik seperti computer, internet,
powerpoint dan video.
Walau bagaimanapun, guru yang bijak
menggunakan gaya tingkah laku dan intonasi suara, bercerita, memek muka humor,
akan tetap menarik minat pembelajaran da murid mengikuti pengajaran secara
efektif. Guru yang efektif akan sentiasa berfikir dan merancang aktiviti penglibatan
murid-murid dalam pengajaran. Jadi, murid-murid boleh berkomunikasi dan memberi
pendapat secara bebas di mana guru-guru perlu bersifat demokratik. Kemahiran
berkomunikasi dan interaksi pelbagai hala antara guru dan murid amat penting
supaya menjadikan proses pengajaran berjalan dengan baik dan berkesan. Semasa
menyampaikan pengajaran, guru seharusnya mempunyai pemikiran positif dan
bersangka-sangka terhadap murid agar ilmu yang disampaikan diterima dengan hati
yang terbuka, ikhlas, telus, tulus, berminda ceria dan humor.
Seterusnya, guru seharusnya berkemahiran
mengemukakan pelbagai jenis soalan dengan tujuan tertentu berdasarkan konsep
penyoalan. Di antara tujuan penyoalan ialah mendapatkan maklumat, menguji
kefahaman, menimbulkan kepekaan, menarik perhatian, membayangkan jawapan dan
mengukuhkan pemahaman. Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran amat berkait
rapat dengan pengurusan bilik darjah yang berdisiplin, susunan meja dan kerusi
yang suasana belajar, persekitaran harmoni keilmuan, dan keceriaan wajah
ilmuan. Lantaran itu akan membolehkan guru melaksanakan perancangan pengajaran
dengan berkesan dan pencapaian pembelajaran maksimum.
Bilik darjah merupakan medan peranan,
tanggungjawab dan amanah seseorang guru dalam melaksanakan akauntabiliti
profesionnya. Seseorang guru dikategorikan sebagai efektif apabila pengajaran
yang disampaikan mendatangkan kesan positif dalam kalangan pelajar. Tahap
efektif guru lazimnya dikaitkan degan tahap pencapaian pelajar yang berkaitan
dengan pengetahuan, kemahiran, pengalaman dan aspirasi.
Rumusannya, sebagai seorang bakal guru
perlu bersedia dari segi fizikal dan mental dan persediaan yang rapi perlu
dilakukan sebelum berhadapan dengan pelajar. Hal yang demikian, seorang bakal
guru perlu sentiasa bersifat positif dan melakukan usaha-usaha yang efektif
bagi membantu pelajar meningkatkan pretasi pembelajaran dan melahirkan seorang
pelajar yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.
RUJUKAN
https://www.slideshare.net/Nurelida/kps-3014-pengurusan-alam-pembelajaran
https://prezi.com/jjzjvfsushei/pengurusan-alam-pembelajaran
https://prezi.com/jjzjvfsushei/pengurusan-alam-pembelajaran
umkprints.umk.edu.my/2849/1/artikel%20Teniat%20FTKW.pdf

Lucky Club Live Casino Site | Slots, Table Games and more
ReplyDeleteWe are the best live casino site! Visit Lucky luckyclub Club for exciting games, special tournaments and big jackpots. Lucky Club Live Casino – Play live on Live dealer.
Slot Machines - Mapyro
ReplyDeleteSlot 전라북도 출장안마 Machines 세종특별자치 출장안마 Near Me · WinStar World Casino Resort · Seneca Buffalo 서울특별 출장샵 Wildhorse Casino Resort · Seneca Niagara Casino Resort · Lake 동해 출장마사지 Charles Casino Resort.Is there a slot machine near 남원 출장안마 me?How do I find the nearest casino to me?