FOLIO PENGURUSAN PEMBELAJARAN KPS 3014


    


                                    FOLIO PENGURUSAN PEMBELAJARAN
                                                            KPS 3014
                                                                         
                                                   TUGASAN INDIVIDU
                                                     

                        NAMA : MOHAMAD AKMAL BIN MOHAMAD JAMIL
                        NO.MATRIKS : D20172081030
                        KUMPULAN : D
                        NAMA PENSYARAH : EN. ABU BAKAR BIN YUSOF
                    



FOLIO PENGURUSAN PEMBELAJARAN KPS 3014

TOPIK 1 : MENGURUS PEMBELAJARAN

REFLEKSI MENGURUS PEMBELAJARAN

Menerusi topik ini, saya memahami bahawa pembelajaran ini menbawa maksud proses belajar, faktor-faktor yang mempengaruhi proses belajar dan teori-teori pembelajaran. Selain itu, pembelajaran ini juga berlaku apabila sesuatu pengalaman secara relatifnya menghasilkan perubahan kekal dalam pengetahuan tingkah laku. Di samping itu, saya juga dapat mengenal pasti prinsip-prinsip pembelajaran seperti motivasi, pelaziman, minat, persepsi, pengalaman secara langsung, kesediaan belajar dan sebagainya. Seterusnya, saya mendapati bahawa terdapat juga kaedah-kaedah pengurusan dalam mengurus pembelajaran ini sebagai contoh kaedah pengurusan dan juga kaedah khusus.

Antara pendekatan atau kaedah pengurusan adalah seperti kaedah pengurusan berpusatkan pelajar, bahan dan guru serta kaedah khusus merangkumi pengurusan bahan pembelajaran, pengurusan tempat, pengurusan masa dan pengurusan siapa yang mengajar.

Rumusannya, saya mendapati bahawa guru-guru perlu menggunakan kaedah atau pendekatan dalam pengurusan pembelajaran supaya perjalanan pembelajaran itu berjalan dengan baik.

RUJUKAN




http://eprints.utm.my/id/eprint/39043/1/RaedahMdAminMFP2013.pdf





TOPIK 2 : PENGURUSAN DAN PEMBELAJARAN PELAJAR

REFLEKSI PENGURUSAN DAN PEMBELAJARAN PELAJAR

Melalui topik ini, saya dapat mengetahui bahawa pengurusan bermaksud aktiviti yang teratur bagi mencari jawapan kepada beberapa soalan khusus yang dikemukakan tentang sesuatu masalah yang hakikatnya sudah dikenal pasti. Pengurusan juga merupakan proses merancang, mengelola, memimpin dan mengawal daya usaha ahli-ahli organisasi dengan menggunakan sumber-sumber lain untuk mencapai matlamat. Saya juga mendapati bahawa terdapat juga konsep-konsep dalam pengurusan dan pembelajaran pelajar seperti konsep mengawal, merancang, pengalaman dan mengarah. Di dalam konsep mengawal merangkumi pengawalan bilik darjah, aktiviti berkumpulan, murid yang mempunyai masalah peribadi dan mengawal suasana bilik darjah. Di dalam konsep merancang pula, guru-guru perlu merancangkan objektif berdasarkan sukatan pembelajaran, merancang strategi kaedah yang efektif dan merancang aktiviti penilaian. Melalui konsep pengalaman pula, guru perlu mengaitkan konsep pengamalan sedia ada pelajar seperti mengulang pelajaran yang lepas dan sebagainya. Menerusi konsep mengarah pula, guru perlu mengarah murid supaya menumpukan perhatian sepenuhnya ketika sesi pembelajaran berlangsung dan mengarah murid supaya mematuhi peraturan disiplin yang telah ditetapkan. Selain itu, terdapat juga kaedah-kaedah dalam pengurusan dan pembelajaran pelajar supaya berjalan dengan berkesan dan baik seperti keperluan fisiologi, pengurusan masa dan iklim bilik darjah.

Seterusnya, saya juga mengenal pasti bahawa guru juga bertindak sebagai ibu bapa di sekolah di mana guru merupakan aset utama bagi pelajar. Namun demikian, ibu bapa dan masyarakat serta keluarga turut perlu memainkan peranan masing-masing dengan sebaiknya bagi mendidik pelajar supaya menjadi pelajar yang bertanggungjawab dan menyumbang kepada masyarakat di luar sana. Di samping itu, saya juga mendapati bahawa terdapat juga masalah-masalah yang dihadapi oleh murid di dalam pengurusan dan pembelajaran pelajar seperti masalah rangsangan, tumpuan perhatian, rangsangan pengetahuan dan penyimpan ingatan kembali. Oleh itu, guru-guru perlu menggunakan kaedah mendengar dengan sebaiknya supaya dapat mendengar masalah pelajar dengan baik, menyuruh pelajar supaya menyiapkan tugasan individu dengan memberikan tunjuk ajar yang baik supaya para pelajar memahaminya, guru-guru juga perlu memantau tugasan-tugasan yang diberikan supaya memastikan tugasan itu dapat disiapkan dan menjalankan kaedah pembelajaran yang koperatif berdasarkan kumpulan kecil.

Rumusannya, saya mendapati bahawa skop tugasan guru bukanlah sekadar mengajar dan mendidik tetapi juga bertindak sebagai pendengar yang baik kepada masalah-masalah yang dihadapi oleh murid supaya guru menjadi “role model” kepada para pelajar serta peranan masyarakat seperti ibu bapa dan keluarga perlu dimainkan sebaiknya supaya dapat melahirkan pelajar yang bertanggungjawab dan menyumbang kepada masyarakat yang lain.
RUJUKAN


TOPIK 3 : ORGANISASI DAN KEPIMPINAN

REFLEKSI ORGANISASI DAN KEPIMPINAN

Melalui pembacaan saya, organisasi yang baik mempunyai orientasi visi dan misi yang jelas dan ke hadapan manakala kepimpinan merupakan kemampuan dan keterampilan seseorang yang menduduki jawatan sebagai pemimpin. Saya mendapati bahawa terdapat empat gaya kepimpinan di sekolah iaitu autokratik, demokratik, laissez-faire dan kontigensi. Autokratik membawa maksud komunikasi atau interaksi sehala contohnya pengetua memberikan arahan kepada guru dan guru hanya mengikut arahan sahaja, manakala demokratik bermaksud sesuatu keputusan itu perlulah atas keputusan bersama mengikut majoriti contohnya pengetua menerima pandangan daripada guru-guru lain sehingga sesuatu keputusan bersama dicapai. Laissez-faire pula bertentangan dengan konsep autokratik di mana pengetua tidak menetapkan apa-apa matlamat kepada guru dan guru bebas untuk membuat sesuatu keputusan dan kontingensi bermaksud sumbangan pemimpin terhadap keberkesanan prestasi kumpulan yang bergantung kepada gaya kepimpinan dan kesesuaian situasi yang dihadapinya. Mengikut pemahaman saya, pengetua mempunyai beberapa skop tugasannya seperti terlibat dalam pembangunan diri pelajar, pembangunan kendiri, pembangunan organisasi dan diri, pengurusan personal, kewangan dan pengurus kurikulum serta ikhtisas. Manakala, tugas penolong kanan pentadbiran pula menjalankan tugas pengetua ketika ketiadaannya, mengajar sebilangan waktu mengikut arahan pengetua, membantu pengetua dalam aspek pengurusan sekolah dan sebagainya. Bagi penolong kanan hal ehwal murid (HEM) pula menjalankan tugas pengetua dan penolong kanan satu ketika ketiadaannya, bertanggunjawab kepada pengetua berkaitan pengurusan sekolah, kurikulum, kaunseling, kebajikan pelajar dan sebagainya. Seterusnya, tugas penolong kanan kokurikulum pula menjalaskan tugas pengetua dan penolong kanan dua ketika ketiadaanya, membantu pengetua dalam aspek pengurusan sekolah, menyelia dan menilai aktiviti kokurikulum seperti kelab dan persatuan, sukan, unit beruniform dan sebagainya.

Di sekolah juga, saya mendapati bahawa terdapat juga kaunselor yang bertindak sebagai perancang dan penyelia dalam unit bimbingan dan kaunseling murid sekaligus merangkumi segala tugasan sebagai penasihat kepada murid-murid dalam segala aspek termasuk perihal peribadi, belajar dan memberi motivasi. Guru kanan pelajaran pula bertanggungjawab dalam hal kurikulum dan pentadbiran dengan bidangnya berbeza pula dengan guru matapelajaran di mana guru matapelajaran perlu mempunyai sebuah buku rekod mengajar dan perlu menyerahkan kepada pengetua pada setiap minggu serta menyediakan rancangan pelajaran dan sebagainya. Di samping, kewujudan panitia turut menyumbang kepada pengurusan pentadbiran sekolah di mana fungsinya diketuai oleh ketua panitia di dalam setiap bidang contohnya bidang bahasa, sains dan matematik, teknik dan vokasional dan kemanusiaan. Peranan ketua panitia ini pula amat berbeza seperti menyediakan rancangan mengajar untuk ketiga-tiga penggal dalam tahun persekolahan, memilih buku-buku teks mengikut kesesuaian, menyelaras soalan-soalan peperiksaan berasaskan tingkatan atau darjah serta mengadakan mesyuarat panitia secara berkala.

Tambahan pula, saya mendapati bahawa terdapat juga kepimpinan di dalam bilik darjah di mana guru subjek atau guru kelas menjadi pemimpin kepada murid-murid dan kewujudan kepimpinan di dalam bilik darjah yang berkesan dapat dilihat apabila wujudnya interaksi antara guru dan pelajar di mana pelajar menanyakan soalan kepada guru, berlaku sesi soal jawab antara guru dan pelajar mengenai tugasan dan sebagainya. Terdapat juga ciri-ciri guru yang berkepimpinan sebagai contoh guru yang bijak membuat keputusan, sentiasa ingin menambah ilmu pengetahuan, mempunyai kebolehan memimpin yang fleksibel, mampu menjadi teladan kepada murid-murid dan sebagainya. Gaya pengajaran juga penting supaya guru mampu menjadi teladan yang baik kepada pelajar sekaligus mampu untuk membimbing para pelajar ke arah yang lebih baik sebagai contoh pengajaran secara langsung, tidak langsung dan berpusatkan bahan bantu mengajar. Pengajaran secara langsung seperti guru memberi penerangan, latihan, tunjuk ajar, demonstrasi dan maklum balas kepada pelajar. Manakala pengajaran secara tidak langsung seperti guru beralih dariapda menjadi pengajar kepada fasilitator, pemberi sokongan dan menjadi sumber rujukan. Pengajaran berpusatkan bahan bantu mengajar pula di mana guru menggunakan bahan bantu mengajar seperti majalah, akhabar, risalah dan sebagainya untuk memberikan penerangan kepada murid supaya ianya lebih berkesan dan difahami oleh pelajar.

 Rumusannya, saya mengetahui apakah yang dimaksudkan oleh kepimpinan dan organisasi di mana ianya amat penting bagi membangunan sesbuah organisasi sebagai contoh organisasi sekolah di mana pengetua dan guru mempunyai peranan masing-masing dan di sekolah perlunya carta organisasi supaya dapat difahami dan memastikan pentadbiran di sekolah berjalan dengan baik.

           


TOPIK 4 : PENGURUSAN MURID

REFLEKSI PENGURUSAN MURID

Berdasarkan pembacaan dan pemahaman saya, konsep pengurusan murid terbahagi kepada tiga aspek iaitu perancangan, pentadbiran dan pengawalan atau pemulihan. Dalam zaman serba moden ini, bagi memudahkan pengurusan murid ini sistem maklumat murid berkomputer telah diwujudkan pada tahun 2000 di mana dalam sistem ini mengandungi maklumat rekod senarai kesihatan murid, rekod rancangan makanan tambahan (RMT), rekod skim pinjaman buku teks, rekod kedatangan harian dan kemudahan mendaftar untuk murid yang juga dikenali sebagai Sistem Maklumat Murid (SMM). Antara kaedah atau teknik terkini dalam pengurusan murid ialah pentaksiran berasaskan sekolah, e-pantau, sistem laporan adab pelajar.

Selain itu, antara kepentingan mengurus rekod murid di sekolah ialah dapat membantu guru-guru dalam membuat keputusan tentang pengurusan bilik darjah, menggunakan kelemahan dan kekuatan yang dimiliki oleh anak didiknya untuk memperkasakan kaedah pengajaran dan membantu guru menentukan aktiviti yang bersesuaian dengan minat murid. Seterusnya, terdapat juga cara-cara mengurus rekod murid dengan baik iaitu dengan memantapkan sistem pengurusan profil murid dengan teratur dan kemas, memperkembangkan akademik, emosi, sahsiah dan tingkah laku murid serta mampu menyelesaikan masalah murid dengan baik dan teratur. Di samping, saya mengenalpasti bahawa terdapat juga cara-cara bagaimana untuk berhadapan dengan murid yang bermasalah seperti guru memberi amaran konstruktif iaitu dengan memberi pujian kepada pelajar bermasalah apabila menunjukkan perubahan tingkah laku, guru menjatuhkan hukuman sesuai dengan kesalahannya dan guru perlu mencegah murid dari awal lagi terutamanya dari aspek tingkah laku. Kesediaan belajar juga merupakan elemen di dalam pengurusan murid. Kesediaan belajar ini terbahagi kepada tiga iaitu kesediaan kognitif, kesediaan afektif dan kesediaan psikomotor. Kesediaan kognitif bermaksud peringkat perkembangan mental untuk menerima rangsangan dan memahaminya serta berfikir, manakala kesediaan afektif merupakan sikap pelajar itu yang akan mempengaruhi pembelajarannya dan kesediaan psikomotor merupakan kesediaan dari segi fizikal atau tubuh badan sebagai contoh sikap ingin menang perlu ada untuk menentukan kemenangan dalam sesebuah permainan Rumusannya, rekod-rekod murid amat penting dalam pengurusan murid hal ini kerana ianya akan memudahkan para guru untuk mengesan setiap murid berdasarkan latar belakang, senarai kesihatan dan juga prestasi akademik. Oleh hal yang demikian, para guru perlu cekap dan mahir bagi memastikan sistem pengurusan murid ini berjalan dengan baik sekaligus dapat memberi nasihat serta memotivasikan mereka terutama dalam bidang akademik dan kokurikulum.

RUJUKAN
https://www.slideshare.net/MuhammadIzhar/pengurusan-murid-54694100 
http://semekanet99.tripod.com/pengurusanhem1.html
http://dokumen.tips/documents/05-k5-kps-3014-pengurusan-murid.html


TOPIK 5 : PENGURUSAN BILIK DARJAH

REFLEKSI PENGURUSAN BILIK DARJAH

            Topik ini menerangkan mengenai pengurusan bilik darjah. Dua pengurusan sumber yang perlu dikuasai oleh guru adalah pengurusan sumber manusia dan sumber fizikal. Sumber manusia merupakan satu faktor yang perlu diberikan perhatian bagi memastikan visi dan misi untuk kepentingan manusia itu sendiri dalam sesebuah organisasi dapat dilestarikan secara optimum. Manakala, sumber fizikal adalah sumber yang berkaitan dengan kebendaan atau alam semula jadi. Manakala sumber fizikal di dalam bilik darjah pula seperti kita tahu merangkumi segala kemudahan dan peralatan yang terdapat di dalamnya seperti kerusi meja untuk pelajar dan guru, papan hitam, papan kenyataan, ruang bacaan, almari buku, alat bantu mengajar (ABM) dan sebagainya.

            Selain itu, ilmu yang perlu diterapkan dalam diri seseorang guru itu adalah ilmu pengurusan bilik darjah, ilmu interaksi yang berkesan, ilmu pengurusan iklim bilik darjah, dan ilmu pengajaran dan pembelajaran. Kesemua aspek ini perlu dikuasai oleh seseorang guru sewaktu mengajar di dalam bilik darjah. Kemahiran juga diperlukan untuk mengurus bilik darjah. Kemahiran pengurusan sumber fizikal, bahan mengajar,  pengurusan kaunseling, kemahiran pengajaran dan pembelajaran serta kemahiran pengurusan sumber manusia. Strategi yang berkesan juga diperlukan sewaktu pengurusan bilik darjah.

            Antara strateginya adalah perancangan murid, perancangan bilik darjah, wujudkan suasana kondusif, dan menyampaikan pengajaran dengan menggunakan teknologi terkini. Antara aktiviti adalah senaman untuk kami hilangkan mengantuk, susunan kotak mancis untuk melihat kumpulan mana boleh membuat satu menara yang paling tinggi dan kukuh. Selain itu, aktiviti susunan puzzle di mana diberi satu puzzle untuk disusun dan bagaimana untuk interaksi dengan ahli kumpulan yang lain menyiapkan tugasan dan aktiviti-aktiviti lain juga. Rumusannya, pengurusan bilik darjah yang baik tidak berlaku tanpa perancangan sekaligus mendorong pengajaran yang lancar sekiranya bilik darjah mempunyai aktiviti pembelajaran yang tidak ada gangguan dan tingkah laku yang tidak menyenangkan


RUJUKAN



 http://irep.iium.edu.my/13309/1/Chapter - Pengurusan  Bilik  Darjah  -  2009.pdf


 eprints.utm.my/id/eprint/31564/5/HasfarinaAbasMFP2012.pdf

TOPIK 6 : PENGURUSAN SUMBER

REFLEKSI PENGURUSAN SUMBER

Menerusi topik ini, pengajaran dan pembejalaran berasaskan sumber ialah segala usaha guru bagi melengkapkan pendekatan dan strategi pengajaran dengan melibatkan pelajar supaya belajar melalui penggunaan sumber-sumber pembelajaran. Antara sumber yang sering digunakan oleh pelajar dan guru di sekolah ialah pusat sumber. Pusat Sumber Sekolah (PSS) adalah sebuah tempat yang menyediakan kemudahan serta koleksi bahan pengajaran dan pembelajaran yang diurus secara sistematik.
Pusat sumber menyediakan maklumat, perkhidmatan dan keperluan bagi memperkukuhkan pengajaran-pengajaran untuk penguasaan kemahiran asas serta kemahiran maklumat pendidikan ke arah pembentukan masyarakat berbudaya ilmu, gemar membaca dan berkemahiran belajar sepanjang hayat. Pusat sumber sekolah merupakan institusi yang paling utama di dalam sistem pendidikan negara kerana peranan yang dimainkannya sebagai tempat menyediakan bahan, khidmat, kemudahan pengajaran dan pembelajaran.
Seterusnya, interaksi yang berlaku di dalam bilik darjah banyak hala iaitu di antara guru dengan bahan, bahan dengan murid dan guru dengan murid dan bahan. Strategi ini mengutamakan kecekapan dan kemahiran murid dalam memanipulasikan pelbagai jenis bahan. Strategi ini lebih sesuai digunakan oleh guru untuk menghadapi murid pelbagai keperluan. Strategi ini menyediakan pelbagai wahana untuk murid belajar untuk kadar masing-masing pada setiap masa dan di tempat pilihan mereka.
Secara umum, bahan bermakna apa sahaja yang digunakan dalam pengajaran termasuklah pengetahuan dan nilai-nilai. Dari segi teknologi pendidikan, apa yang diguna untuk menyampaikan pengajaran dan menjadi rangsangan pelajaran digolongkan sebagai media pendidikan. Koleksi bahan buku dan bukan buku yang boleh membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran sama ada bagi keperluan guru atau murid. Antara komponen pembelajaran berasaskan sumber ialah penggunaaan buku teks, aktiviti penelitian, pencarian bahan daripada pelbagai sumber, latihan penyelesaian masalah dan penggunaan alat pandang dengar.
Strategi pemusatan bahan terbahagi kepada dua kategori iaitu bahan pengajaran dan bahan pembelajaran. Bahan-bahan yang digunakan ialah seperti carta, graf, peta specimen, model gambar, slaid video, perakam pita dan projektor. Bahan yang lebih canggih adalah pakej pembelajaran berasaskan komputer, CD-ROM, komputer multimedia, cakera padat interaktif, bahan daripada internet, persidangan tele dan persidangan video. Strategi ini memupuk sifat-sifat sosial yang positif khasnya apabila murid dan guru berkongsi bahan dan sumber.
Di samping itu, guru telah memainkan peranan yang penting bagi menanam minat membaca dalam kalangan murid. Dengan membaca pelbagai jenis buku, murid akan mendapat pelbagai ilmu pengetahuan secara tidak langsung. Koleksi bahan buku dan bukan buku yang juga boleh membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran sama ada bagi keperluan guru dan murid. Seterusnya, dengan adanya pusat sumber ini hasrat kerajaan akan tercapai iaitu bagi melahirkan murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek serta menjadi warganegara yang bertanggungjawab. Oleh itu, pihak guru perlu menjalankan pelbagai aktiviti supaya hasrat kerajaan tercapai seperti mengadakan Program Galakan Membaca di sekolah. Justeru itu, Pusat Sumber Sekolah perlu koleksi bahan bacaan tambahan (BBT) yang berkualiti dan pelbagai bagi menarik minat membaca dan seterusnya amalan pembelajaran sepanjang hayat.
Rumusannya, pengurusan sumber merupakan aspek terpenting dalam pengurusan pembelajaran dan ianya amat penting kerana merupakan salah satu sistem bantuan dalam sistem pembelajaran.

RUJUKAN
journalarticle.ukm.my/7968/
www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/.../Raja%20Rozita%20Binti%..












TOPIK 7 : STRATEGI MENGURUS BILIK PEMBELAJARAN (BILIK DARJAH/MAKMAL/STUDIO/DLL)

REFLEKSI STRATEGI MENGURUS BILIK PEMBELAJARAN (BILIK DARJAH/MAKMAL/STUDIO/DLL)

            Topik ini menerangkan mengenai pengurusan bilik darjah. Dua pengurusan sumber yang perlu dikuasai oleh guru adalah pengurusan sumber manusia dan sumber fizikal. Sumber manusia merupakan satu faktor yang perlu diberi perhatian bagi memastikan visi dan misi untuk kepentingan manusia itu sendiri dalam sesebuah organisasi dapat dilestarikan secara optimum. Manakala, sumber fizikal adalah sumber yang berkaitan kebendaan atau alam semula jadi. Manakala, sumber fizikal di dalam bilik darjah pula seperti yang kita tahu merangkumi segala kemudahan dan peralatan yang terdapat di dalamnya seperti kerusi meja untuk pelajar dan guru, papan hitam, papan kenyataan, ruang bacaan, almari buku, alat bantu mengajar (ABM) dan sebagainya.
            Selain itu, ilmu yang perlu diterapkan dalam diri seseorang guru itu adalah ilmu pengurusan bilik darjah, ilmu interaksi yang berkesan, ilmu pengurusan bilik darjah, ilmu pengurusan iklim bilik darjah, dan ilmu pengajaran dan pembelajaran. Kesemua aspek ini perlu dikuasai oleh seseorang guru sewaktu mengajar di dalam bilik darjah. Kemahiran juga diperlukan untuk mengurus bilik darjah. Kemahiran pengurusan sumber fizikal, bahan mengajar, pengurusan kaunseling, kemahiran pengajaran dan pembelajaran serta kemahiran pengurusan sumber manusia. Strategi yang berkesan juga diperlukan sewaktu mengurus bilik darjah. Antaranya strategi perancangan murid,  perancangan bilik darjah, mewujudkan suasana kondusif dan menyampaikan pengajaran dengan menggunakan teknologi terkini dan canggih bagi memudahkan serta menjamin kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran.
            Rumusannya, pengurusan bilik pembelajaran yang baik tidak akan berlaku tanpa perancangan. Jelaslah bahawa pengurusan bilik darjah merupakan tugas penting yang memerlukan pengetahuan, kemahiran, kesabaran dan komitmen yang optimum bagi memperoleh kesan yang maksimum. Di samping itu, harus diingat bahawa guru perlu mendapat maklumat secukupnya tentang bilik darjah dan pelajar-pelajarnya terlebih dahulu sebelum menjejakkan buat pertama kali ke dalam bilik darjah berkenaan. Persediaan pendekatan JERISAH (Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek, Sosialiasi, Alam, Hamba Allah) guru yang lengkap akan membolehkan pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan jaya dan cemerlang.

RUJUKAN


     

            https://books.google.com >Education > Classroom Management

TOPIK 8 : PENGURUSAN TINGKAH LAKU DAN DISIPLIN

            REFLEKSI PENGURUSAN TINGKAH LAKU DAN DISIPLIN

Menerusi topik ini, pelajar bersetuju bahawa disiplin ialah latihan supaya boleh mengawal diri sendiri mengikut peraturan yang ditetapkan. Majoriti pelajar mengatakan bahawa kepatuhan kepada peraturan sekolah boleh membentuk pelajar menjadi individu yang bertanggungjawab dan berdisiplin sekaligus mampu untuk mewujudkan suasana yang harmoni di sekolah. Sebahagian besar pelajar berpendapat disiplin sekolah amat penting untuk menjamin kesejahteraan pelajar, guru dan sekolah bahkan mereka bersetuju bahawa penerangan mengenai peraturan sekolah telah disebarkan secara terperinci kepada pelajar. Majoriti pelajar juga berpendapat peraturan sekolah yang sedia ada perlu diubah suai mengikut peredaran semasa tetapi ada juga pelajar yang berpendapat peraturan yang ditetapkan di sekolah adalah sesuai dan tidak mengongkong. Kebanyakan pelajar tidak bersetuju bahawa membentuuk disiplin secara paksaan adalah lebih berkesan kepada pelajar sekolah kerana pelajar akan memberontak jika mereka dwipaksa melakukan perkara yang mereka tidak suka.
Selain itu, ramai pelajar bersetuju bahawa hanya orang yang berdisiplin sahaja boleh berjaya dan sebab itulah pelajar sentiasa berusaha mematuhi peraturan sekolah walaupun peraturan itu tidak rasional. Majoriti pelajar bersetuju bahawa kesedaran diri pelajar itu sendiri lebih baik dalam membentuk disiplin yang berkesan. Oleh kerana itu, ramai pelajar tidak bersetuju memakai pakaian menutup aurat kerana terpaksa mematuhi peraturan sekolah. Dengan wujudnya kesedaran diri sendiri berbantukan keimanan yang jitu dalam diri pelajar dapat mendorong mereka mematuhi disiplin yang ditetapkan dengan kerelaan diri sendiri.
Di samping itu, guru juga memainkan peranan yang penting dalam mendidik pelajar selain ibu dan bapa. Hal yang demikian, hubungan antara guru dan pelajar dapat menjadi lebih erat dan baik. Guru-guru juga perlu menerapkan nilai-nilai murni dalam diri pelajar terutama selepas sesi pembelajaran dan di mana sahaja. Ramai pelajar tidak bersetuju bahawa kurangnya minat dalam belajar menyebabkan mereka melakukan kesalahan disiplin di sekolah. Sebahagian besar pelajar bersetuju bahawa kegiatan kokurikulum mempunyai banyak faedah dan manfaat kepada pelajar sekaligus dapat meningkatkan mutu dan disiplin pelajar. Oleh itu, pelajar bersedia untuk memikul tanggungjawab yang diberi sebagai contoh apabila dilantik menjadi pengerusi persatuan atau kelab. Guru-guru juga akan mengambil tindakan apabila pelajat tidak menghadiri aktiviti kokurikul untuk memastikan pelajar tidak terjebak dengan perkara yang tidak berfaedah. Ada di antara mereka juga berpendapat bahawa perhimpunan mingguan sekolah adalah salah satu cara bagi membentuk disiplin pelajar. Selain itu, pengawas juga akan mengambil tindakan ke atas pelajar-pelajar yang bermasalah dan melanggar peraturan sekolah. Seterusnya, guru disiplin akan mengambil tindakan kepada pelajar yang melanggar peraturan sekolah dengan cara merotan dan melakukan hukuman yang setimpal dengan perbuatannya. Rumusannya, pengurusan tingkah laku dan disiplin merupakan salah satu aspek penting dalam pengurusan pembelajaran kerana melalui pengurusan tingkah laku dan disiplin ini akan mendorong pelajar supaya membentuk sahsiah yang mulia dan baik seperti lebih bertanggungjawab dan berdisiplin pada masa akan datang.

RUJUKAN
            www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008...
www.myhealth.gov.my > Kesihatan Mental


TOPIK 9 : PENGURUSAN PENASINATAN MURID
               
REFLEKSI PENGURUSAN PENASIHATAN MURID

      Menurut Zuraidah (1994), konsep penasihatan adalah dengan memberi nasihat yang merupakan strategi bagi menyelesaikan masalah tanpa memikirkan perasaan individu yang terlibat. Menurut Kamus Dewan, nasihat ialah ajaran dan petunjuk yang baik, peringatan, mengusulkan, mengesyorkan ataupun menganjurkan kepada seseorang tentang pelbagai hal. Menurut Gibson dan Mitchell (1999) , nasihat pula digunakan bagi menyediakan klien dengan maklumat baru dan berguna.
      Antara ciri penasihatan ialah memfokuskan kepada permasalahan yang dihadapi daripada menumupukan kepada diri individu yang bermasalah, berbentuk arahan atau suruhan daripada seseorang yang dianggap lebih berautoriti kepada orang lain. Orang yang berautoriti ini adalah lebih berpengalaman, banyak pengetahuan dan pengiktirafan. Oleh itu, memberi nasihat adalah strategi yang paling cepat untuk mengatasi permasalahan jika nasihat itu meninggalkan kesan.
      Seterusnya, terdapat tiga cara bagi menghadiri sesi kaunseling dan bimbingan iaitu secara sukarela, rujukan dan dijemput melalui penghantaran surat untuk menghadiri sesi tersebut. Kemudian, ciri-ciri pelajar yang perlu diberi kaunseling dan bimbingan ialah murid yang mempunyai masalah dari segi sahsiah, peribadi dan disiplin. Pengurusan di sekolah ini amat mustahak bagi menyelesaikan masalah pelajar iaitu melalui tiga tahap seperti nasihat, teguran dan amaran. Rumusannya, melalui kaedah bimbingan, kaunseling dan mentoring ini boleh digunakan untuk membantu murid-murid yang menghadapi masalah. Langkah yang berbeza ini bertepatan kerana setiap murid mempunyai masalah dan konflik dan matlamat yang tersendiri.

RUJUKAN

                   http://journalarticle.ukm.my/206/1/1.pdf



TOPIK 10 : PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA

REFLEKSI PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA

Topik ini pula menyentuh kepelbagaian budaya dalam kalangan murid. Murid yang mempunyai perbezaan budaya ini memerlukan pengurusan yang baik dan pelbagai aspek perlu dilihat terlebih dahulu seperti kelas kehidupan, agama, jantina, orientasi seksual, bahasa, umur, kenegerian, kenegaraan dan juga kaum atau etnik sebelum pengurusan pelbagai budaya itu dijalankan. Pengurusan merentasi budaya ini juga merangkumi pembinaan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya iaitu yang melibatkan aspek fizikal bilik darjah, dan sudut-sudut pembelajaran dan bacaan.
Selain itu, peranan guru juga diperlukan yang bertindak sebagai “Physical Environment Designer”. Tambahan pula kurikulum mata pelajaran yang diajar, penerapan nilai murni dan program Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan turut terlibat. Isu kepelbagaian budaya murid seperti Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar, masyarakat majmuk, penyatuan jati diri Malaysia, belia generasi negara, dan sekolah wawasan menjadi isu dalam pengurusan pelbagai budaya ini yang perlu diambil kira oleh semua bakal guru.
Rumusannya, pengurusan pelbagai budaya ini amat penting bagi guru supaya dapat mengenalpasti dan menganalisa terlebih dahulu supaya tidak menyentuh sensitiviti sesuatu kaum sekaligus memastikan proses pengajaran dan pembejalaran berjalan dengan baik.




RUJUKAN







     
TOPIK 11 : PENGURUSAN MURID PELBAGAI UPAYA
                   
REFLEKSI PENGURUSAN MURID PELBAGAI UPAYA
                        Di dalam topik ini, pengurusan muri merupakan satu agenda penting dalam           sebuah institusi pendidikan. Pengurusan murid yang efektif dan berkesan adalah ianya      mampu memberikan impak yang mendalam terhadap personality murid seperti tingkah laku, kemahiran berfikir, kecerdasan kognitif, intrapersonal dan interpersonal. Lantaran      ini kerana ianya selaras dengan perkara yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan    Kebangsaan (FPK) yang mahukan sistem pendidikan di Malaysia dapat melahirkan murid yang seimbang intelek, rohani, emosi dan jasmani (JERI). Kaedah pemulihan dan pengayaan diguna pakai bergantung kepada masalah seseorang murid itu.

                        Seterusnya, pemulihan merupakan tindakan yang dijalankan untuk membantu        murid-murid yang mengalami kesukaran dalam mengalami kemahiran asas membaca, menulis, dan mengira (3M). Manakala, pengayaan merupakan aktiviti tambahan kepada  aktiviti asas pembelajaran yang dilakukan sama  ada semasa sesi persekolahan atau di   luar waktu persekolahan. Tujuan program pengayaan ialah untuk meluaskan pengetahuan dan pengalaman disamping mengukuhkan kemahiran yang sedang  dipelajari. Terdapat juga pelbagai kecerdasan yang berbeza-beza. Setiap kecerdasan  perlu dinilai sama rata dan sama berat.
                        
                      Selain itu, kecerdasan murid dapat dipertingkatkan melalui peluang pendidikan     seperti menyediakan persekitaran yang kaya dengan bahan dan aktiviti yangmenyeronokkan. Manakala, murid berkeperluan khas boleh ditakrifkan sebagai golongan murid istimewa yang kurang berupaya, murid pintar cerdas, murid berisiko dan murid bermasalah dari segi pembelajaran dan tingkah laku. Pengurusan murid yang dikendalikan oleh guru di sekolah dapat membantu menarik minat murid untuk  belajar dan memperkembangan kebolehan mereka dari segi kognitif, afektif dan psikomotor. Dalam tajuk ini, apa yang dapat dilihat adalah pemulihan, pengayaan, pelbagai kecerdasan dan berkeperluan khas mempunyai hubungkait di antara satu sama lain dan guru di sekolah haruslah kreatif dalam menjalankan pengajaran dan               pembelajaran di dalam kelas serta bijak dalam memberikan pendidikan kepada murid mengikut tahap mereka.

            RUJUKAN

https:www.tes.com/…/pengurusan-murid-pelbagai-upaya-kumpula…
https:www.unisza.edu.my/…/032-040-Ab-Aziz-Sulaiman.pdf
https://ejournal.upsi.edu.my/article/2016AR000561



TOPIK 12 : SEKOLAH DAN PERSEKITARAN

REFLEKSI SEKOLAH DAN PERSEKITARAN
            
Menerusi topik ini, pihak pengurusan sekolah memainkan peranan bagi                  memastikan persekitaran sekolah yang cantik, bersih dan selesa bagi semua pelajar. Hal            ini kerana bagi memastikan suasana belajar yang kondusif supaya pelajar dapat              belajar dengan aman dan tenteram.

 Pada kebiasaannya, sebuah sekolah yang iklimnya dianggap positif mempunyai     ciri-ciri fizikal sekolah yang bersih dan menarik, hubungan sosial yang baik antara semua warga sekolah serta suasana kerja yang produktif. Manakala, iklim negative atau             tertutup lazimnya mempunyai keadaan sekolah yang kucar-kacir, kurang selamat, tidak         tenteram dan teratur, malah sering menghadapi konflik dan masalah disiplin.

Pada amnya, iklim dan persekitaran sekolah akan membawa pengaruh yang penting terhadap pembentukan tingkah laku, imej mental, aspirasi dan interaksi sosial bagi anggota-anggota di dalamnya (Abdullah Sani bin Yahya, 2007). Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa sekolah yang berpencapaian tinggi mempunyai tahap keceriaan yang lebih baik berbanding sekolah yang persekitarannya kurang ceria (Mohd Redzauddin bin Ismail, 2008). Oleh hal yang demikian, suasana dan iklim sekolah adalah amat penting dalam membantu pelajar untuk belajar dengan tenteram dan selesa.
Selain itu, apabila kawasan persekitaran sekolah yang cantic dan ceria, maka pelajar tidak akan jemu untuk hadir ke sekolah kerana berasa selesa dan bahagia. Jelaslah hal ini bukan sahaja dapat mengelakkan masalah ponteng sekolah dalam kalangan pelajar malah masalah disiplin pelajar dapat dikurangkan kerana emosi pelajar tidak terganggu. Dalam masa yang sama, sesebuah sekolah yang cantic, ceria dan bersih pasti akan dapat pujian daripada pelbagai pihak terutama ibu bapa pelajar yang menghantar anak-anak mereka ke sekolah. Maka, ianya akan menambahkan keyakinan ibu bapa terhadap pihak pentadbiran sekolah kerana mempunyai suasana yang kondusif untuk anak-anak mereka belajar.

Tetapi tidak dinfafikan bahawa terdapat beberapa halangan dalam merealisasikan hasrat tersebut. Salah satu halangannya ialah dari segi kewangan.  Dalam hal ini, semua pihak patut bekerjasama termasuklah pengetua, guru-guru, staf-staf sekolah, para pelajar dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Maka, pihak sekolah perlu berusaha untuk mencari penaja, dalam masa yang sama pelajar menjalankan kutipan derma melalui program-program tertentu dan guru-guru pula membantu pelajar menjalankan program-program amal. Sekiranya iklim dan persekitaran sekolah dalam keadaan yang terkawal dan bersih, sudah pasti motivasi dan prestasi pelajar akan meningkat secara tidak langsung.

Rumusannya, persekitaran sekolah yang bersih, ceria dan selamat akan memotivasikan pelajar untuk terus datang ke sekolah sekaligus mewujudkan budaya yang positif.

RUJUKAN







TOPIK 13 : PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN

REFLEKSI PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN

      Dalam topik ini, setiap bakal guru perlu membuat persediaan yang rapi dari segala sudut sebelum melangkah kea lam persekolahan. Persediaan yang rapi membolehkan guru menghadapi segala kemungkinan yang akan berlaku ketika proses pembelajaraan dijalankan. Pembelajaran yang berjalan dengan lancer, menarik dan berkesan sekiranya guru menggunakan pelbagai kaedah yang bersesuaian dengan isi pelajaran dan kemahiran yang akan dicapai oleh murid. Selain itu, guru juga perlu tahu untuk menyampaikan kandungan pelajaran berbentuk teori dan amali. Guru perlu sentiasa mengubahsuai strategi mengikut jangkaan keberkesanan penggunaan sesuatu kaedah. Guru yang berhasrat untuk menjadikan pengajarannya efektif, seharusnya membuat kajian atau penyelidikan mengenai kaedah yang paling sesuai untuk isi pelajaran, topik atau kemahiran. Hal ini kerana murid lebih tertarik kepada kaedah yang kemaskini dan menggunakan peralatan elektronik seperti computer, internet, powerpoint dan video.

      Walau bagaimanapun, guru yang bijak menggunakan gaya tingkah laku dan intonasi suara, bercerita, memek muka humor, akan tetap menarik minat pembelajaran da murid mengikuti pengajaran secara efektif. Guru yang efektif akan sentiasa berfikir dan merancang aktiviti penglibatan murid-murid dalam pengajaran. Jadi, murid-murid boleh berkomunikasi dan memberi pendapat secara bebas di mana guru-guru perlu bersifat demokratik. Kemahiran berkomunikasi dan interaksi pelbagai hala antara guru dan murid amat penting supaya menjadikan proses pengajaran berjalan dengan baik dan berkesan. Semasa menyampaikan pengajaran, guru seharusnya mempunyai pemikiran positif dan bersangka-sangka terhadap murid agar ilmu yang disampaikan diterima dengan hati yang terbuka, ikhlas, telus, tulus, berminda ceria dan humor.

      Seterusnya, guru seharusnya berkemahiran mengemukakan pelbagai jenis soalan dengan tujuan tertentu berdasarkan konsep penyoalan. Di antara tujuan penyoalan ialah mendapatkan maklumat, menguji kefahaman, menimbulkan kepekaan, menarik perhatian, membayangkan jawapan dan mengukuhkan pemahaman. Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran amat berkait rapat dengan pengurusan bilik darjah yang berdisiplin, susunan meja dan kerusi yang suasana belajar, persekitaran harmoni keilmuan, dan keceriaan wajah ilmuan. Lantaran itu akan membolehkan guru melaksanakan perancangan pengajaran dengan berkesan dan pencapaian pembelajaran maksimum.

      Bilik darjah merupakan medan peranan, tanggungjawab dan amanah seseorang guru dalam melaksanakan akauntabiliti profesionnya. Seseorang guru dikategorikan sebagai efektif apabila pengajaran yang disampaikan mendatangkan kesan positif dalam kalangan pelajar. Tahap efektif guru lazimnya dikaitkan degan tahap pencapaian pelajar yang berkaitan dengan pengetahuan, kemahiran, pengalaman dan aspirasi.

      Rumusannya, sebagai seorang bakal guru perlu bersedia dari segi fizikal dan mental dan persediaan yang rapi perlu dilakukan sebelum berhadapan dengan pelajar. Hal yang demikian, seorang bakal guru perlu sentiasa bersifat positif dan melakukan usaha-usaha yang efektif bagi membantu pelajar meningkatkan pretasi pembelajaran dan melahirkan seorang pelajar yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

RUJUKAN

umkprints.umk.edu.my/2849/1/artikel%20Teniat%20FTKW.pdf





Comments

  1. Lucky Club Live Casino Site | Slots, Table Games and more
    We are the best live casino site! Visit Lucky luckyclub Club for exciting games, special tournaments and big jackpots. Lucky Club Live Casino – Play live on Live dealer.

    ReplyDelete
  2. Slot Machines - Mapyro
    Slot 전라북도 출장안마 Machines 세종특별자치 출장안마 Near Me · WinStar World Casino Resort · Seneca Buffalo 서울특별 출장샵 Wildhorse Casino Resort · Seneca Niagara Casino Resort · Lake 동해 출장마사지 Charles Casino Resort.Is there a slot machine near 남원 출장안마 me?How do I find the nearest casino to me?

    ReplyDelete

Post a Comment